Baru-baru ini dunia digemparkan dengan serangan gas beracun di Syria yang mengorbankan nyawa hampir 100 orang awam dan kebanyakannya adalah kanak-kanak.
Serangan yang dilancarkan oleh jet pejuang di barat laut Syria itu tidak boleh diterima akal dan penulis berani mengatakan bahawa ianya satu tindakan tidak berperikemanusiaan kerana orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa. Krisis di Syria bukanlah satu perkara baru kerana permasalahan ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lalu dan masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.
Atas dasar kemanusiaan, mari kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Syria yang kini bergelut untuk hidup walaupun di bumi mereka sendiri. Bayangkan, nak tidur pun susah sebab serangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Semoga ada sinar buat mereka dan semangat yang baru untuk terus hidup dan berjuang demi negara mereka. #sayNOtoWAR
No comments:
Post a Comment