Followers

Friday 17 February 2017

Takkan dilupakan.........

                 

Ini adalah salah satu moment yang penulis tak akan lupakan dalam hidup penulis iaitu menikahi seorang wanita yang bergelar 'Isteri'.  Pada tanggal 24 Disember 2015 penulis sah menjadi seorang suami yang memikul tanggungjawab besar untuk membimbing sebuah keluarga baru.  Dengan dua kali lafaz kami sah sebagai husband and wife.  

Actually, target penulis nak settled dengan sekali lafaz je.  Disebabkan berdebor-debor kat dalam ni, dup dap dup dap haaa.... lafaz kedua baru la sah. Masa tu perasaan tuhan jela tahu, sebak ada, suka ada.... senang kata perasaan masa tu memang bercampur-baur.  Tapi memang betul orang katakan, rezeki sebelum and selepas kahwin ni lain... sangat lain.. 
                          

Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias, "dulu masa bujang rumah tidur atas toto je, cawan kat umah tu pon dapat free sebab beli Colgate. Tapi lepas kahwin, MasyaAllah tak terkira cawan kat rumah beli kat Mail Group Langkawi".  

sebelum tu, penulis nak story sikit yang penulis berkahwin masa penulis masih study dan wife jugak masih study.  Tapi kami sama-sama ada buat bisnes kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan kami la kan...

Dulu masa kata nak kahwin ni la kan, penulis memang cukup takut tau, yela dalam keadaan penulis yang masih belajar, ekonomi tak berapa nak baguih kan.  Sebabnya dengar kata-kata org yang banyak kata alam selepas perkahwinan ni lain, maksudnya susah.  Tapi penulis percaya dengan janji-janji Allah iaitu Allah akan gandakan rezeki kita bila kita berkahwin.  Janji Allah tu betul, rezeki penulis dan isteri banyak lepas kami berkahwin.  Alhamdulilah... 

Dari tidur atas toto Narita sampai laa ni lepas kahwin tidur atas tilam empuk. Banyak nikmat yang Allah akan bagi bila kita berkahwin ni sebenarnyaaa.  Cuma pada diri kita je sama ada gunakan nikmat yang Dia bagi tu dengan betul atau tak.  Sekiannnn..... 

by : hafizRahim









3 comments: