Followers

Monday 6 March 2017

Bhg 1. Pilihan Raya Kampus UNISEL 2017 ( kempen )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Assalammualaikum w.b.t

Baru-baru ini telah berlangsungnya sesi berkempen untuk calon yang bakal merebut kerusi-kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor untuk sesi 2017/18.  Sesi berkempen juga telah berlangsung bagi setiap calon memenangi undi pelajar dengan menifesto-menifesto yang dijanjikan.



Sesi berkempen ini bermula dengan perarakan disekitar kampus dan berakhir di kafeteria Unisel. Perarakan ini agak mendapat sambutan dan sepanjang perarakan ini juga dilaungkan cogan kata 
"hidup mahasissa" di mana penulis pun tidak begitu pasti apa yang sebenarnya cuba disampaikan dengan hidup mahasiswa ini- tak hidup ke mahasiswa di kampus ni? isu dan menifesto masih di takuk lama juga. 




Dari pandangan penulis juga, meraka kali ini bersatu dalam membantah perhijrahan atau perpindahan fakulti Komunikasi dan visual art ke kampus Bestari Jaya. Secara peribadi ini kali lah penulis menyokong tindakan meraka, kata suara mahiswa kan. Perpindahan ini kalau tidak salah admin telah pun dilaksakan secara berperingkat, so kita tengok apa suara mahasiswa ini mampu mengubah perkara ini.


*** Isu Perpindahan ke Bestari Jaya

      Sejak akhir-akhir ini telah tular isu dimana Fakulti Komunikasi dan Visual Art akan dipindahkan secara konsisten dan berperingkat ke Kampus Bestari Jaya, tetapi ia masih lagi dalam perbincangan. Apa yang menyebabkan perpindahan ini, yang penulis sedia maklum, Kampus Shah Alam akan dijadikan School of Business dan yang kekal hanya Fakulti Pernigaan. Perkara ini melibatkan Kerjaan Negeri Selangor dibawah urus selia exco pendidikanya dan bagi admin perkara ini memerlukan gabungan yang kuat dari mahiswa untuk tidak merealisasikan perpindahan ini.





Disamping itu juga, admin tertarik dengan poster ini. "megembalikan THE VOICE buat pelajar jurusan media". Admin juga pernah menulis beberapa article untuk diterbitkan dalam The Voice tetapi terbitan itu tidak diterbitkan sekian lamanya seolah-olah the voice ini telah diberhentikan. Admin berharap juga MPP yang berkenaan dapat melakukan sesuatu bukan hanya duduk kosong bangga dengan name tag MPP yang dipikul kehulu-kehilir satu kampus. 


*** The Voice
       
       The Voice ini merupakan surat khabar terbitan berkala dua kali setahun. Setiap semester pelajar yang mengambil subjek "Editing" - Bachelor of Jornalism ( Kewartawanan ) akan menulis article-article dan berita semasa untuk diterbitkan dalam The Voice. Secara amnya dibawah projek ini pelajar akan tahu secara praktikal bagaimana untuk menerbitkan sebuah surat khabar, semua kerja keras akan berakhir dengan terbitnya dua kali setahun The Voice ini, walaubagaimanapun, TIADA ..... projek tetap berjalan tetapi tiada terbitan.. bagi admin SIA-SIA ... end results tak ada tak guna la kan...







Sesi perarakan berakhir di kafe diaman calon-calan akan berkempen mempersembahkan menifesto-menifesto masing-masing. Dalam pengamatan admin memang bagus MPP dan Unisel cuba mengketengahkan sesi ini supaya pelajar lebih aware dengan perkembangan yang berlaku dan bagaimana sebelum pilihan raya itu berlangsung. Cuma pada pendapat admin menifesto yang dibawa itu agak kelaut dan mengarut juga dan tidak menunjukkan kematangan. seolah tidak ada research yang dilakukan sebelum berfikir apa yang ingin dijanjikan. tapi rakyat Malaysia ini dah biasa dengan janji dicapati bagi pendapat admin la. 






1 comment: