Followers

Tuesday 28 March 2017

Tayang babak ‘gay’, filem Beauty and The Beast di Malaysia ditangguh !





Filem Beauty and the Beast keluaran Disney yang sepatutnya ditayangkan di Malaysia bermula 16 Mac ini terpaksa ditunda.
Filem bergenre romantik klasik itu ditangguhkan atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’ yang mengundang kontroversi.
Menurut sumber, penarikan keluar penayangan terpaksa dilakukan secara berperingkat.
Tarikh penayangan baharu bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.
Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.
Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi “moment gay yang eksklusif” dalam filem itu.
Russia turut mengugut untuk menapis atau terus mengharamkan filem tersebut, manakala sebuah pawagam di Alabama, Amerika Syarikat sudah mengesahkan dari awal yang mereka tidak akan menayangkan filem itu.