Followers

Monday, 17 April 2017

5 Gitar Ini Antara yang Termahal di Dunia !!

1. Reach Out To Asia Fender Stratocaster

Gitar ini telah dilelong oleh badan amal pada 2005 di Qatar bagi tujuan mengutip dana untuk mangsa tsunami semasa program Road Out To Asia dengan harga USD 2.7 juta.
Guitar ini telah dikoordinasi oleh Bryan Adam dan ditandatangani oleh 19 rockers terkenal; Mick Jagger, Keith Richard, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff beck, Pete Townsend, Mark Knofler, Ray Davis, Liam Gallanger, Ronnie Wood, Toy Iommi, Angus dan Malcolm Young, Oaul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore, Def Leppard dan Bryan Adam sendiri.

2. Jimi Hendrix’s 1968 Stratocaster

Dalam tahun 1969 Hendrix telah menggunakan gitar ini semasa konsert Woodstock. Selepas itu ianya disimpan oleh pemain drum Mitch Mitchell. Gitar ini muncul semula pada pembukaan Fender Artist Centre pada tahun 1990.
Dalam tahun yang sama juga ia telah dijual di Sotheby’s dengan harga USD 198,000. Selepas itu ada desas-desus menyatakan bahawa Paul Allen, orang kanan Bill Gates telah membeli gitar ini dengan harga USD 2 juta.

3. Bob Marley’s Custom Made Washburn 22 Series Hawk

Gitar ini merupakan salah satu daripada 7 gitar milik ikon reggae dalam hidup Bob Marley. Ia berharga dalam lingkungan USD 1.2 juta hingga USD 2 juta dan telah diklasifikasi sebagai khazanah negara oleh kerajaan Jamaica.
Pada 21 November 1971 selepas menyertai gig di Vancouver, Marley memberikan gitar tersebut kepada seorang juruteknik gitar bernama Gary Carlsen sambil berkata: “Ambillah sahaja kerana kamu akan mengerti suatu hari nanti.”

4. Blackie Stratocaster Hybrid

Eric Clapton beralih daripada gitar jenama Gibson ke Stratocaster selepas terpengaruh dengan Jimi Hendrix dalam tahun 1970. Dia telah membeli 6 buah gitar Strats vintage dengan harga USD 100 setiap satu.
Kemudian 3 gitar yang dibeli itu diberi kepada George Harrison, Pete Townshend dan Steve Winwood. Baki 3 gitar lagi digunakan olehnya dan membentuk satu gitar yang dinamakan Blackie, sesuai dengan warnanya yang gelap.
Blackie dimainkan buat pertama kalinya pada Januari 1973 sehinggalah 10 tahun kemudian. Clapton berhenti bermain gitar pada tahun 1985 disebabkan masalah leher. Balckie kemudiannya dilelong dengan harga USD 959,000 untuk dana Crossroads Rehab Center.

5. “Lenny” Stevie Ray Vaughan’s 1965 Fender Composite Stratocaster

Stevie Ray Vaughan telah menerima gitar ini daripada isterinya pada tahun 1980 sebagai hadiah ulang tahun ke-26. Gitar ini dinamakan sempena nama isterinya, Lenny dan menjadi salah satu gitar kesayangannya.
Dia menggunakan gitar ini secara berterusan sehingga kematiannya pada 1990. Selepas tragedi helikopter terhempas itu, sekitar 2004 gitar ini dilelong bagi tujuan mengumpul dana amal.
Ia berjaya dilelong dengan harga USD 623,500 untuk Crossroads Rehabilitation Centre di Antigua.
Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh
ntuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Sunday, 16 April 2017


Flash Flood Devastated Sungai Buloh 



Sungai Buloh: Heavy rains over an hour resulted in a number of areas in Sungai Buloh experienced a flash flood.

Heavy rains which began at 4.30 pm yesterday has resulted in the area at the junction of Jalan Surau Kampung Melayu and Kampung Sungai Plong near Amverton Hill, flooded.


"The water rose as high as 0.3 to 0.5 meters for adjacent drain was clogged and the water does not flow. However, the water goes down after the rain subsided and no evacuations were reported", said Selangor Fire and Rescue Department assistant director Mohd Sani Harul.