Followers

Friday, 17 February 2017

Takkan dilupakan.........

                 

Ini adalah salah satu moment yang penulis tak akan lupakan dalam hidup penulis iaitu menikahi seorang wanita yang bergelar 'Isteri'.  Pada tanggal 24 Disember 2015 penulis sah menjadi seorang suami yang memikul tanggungjawab besar untuk membimbing sebuah keluarga baru.  Dengan dua kali lafaz kami sah sebagai husband and wife.  

Actually, target penulis nak settled dengan sekali lafaz je.  Disebabkan berdebor-debor kat dalam ni, dup dap dup dap haaa.... lafaz kedua baru la sah. Masa tu perasaan tuhan jela tahu, sebak ada, suka ada.... senang kata perasaan masa tu memang bercampur-baur.  Tapi memang betul orang katakan, rezeki sebelum and selepas kahwin ni lain... sangat lain.. 
                          

Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias, "dulu masa bujang rumah tidur atas toto je, cawan kat umah tu pon dapat free sebab beli Colgate. Tapi lepas kahwin, MasyaAllah tak terkira cawan kat rumah beli kat Mail Group Langkawi".  

sebelum tu, penulis nak story sikit yang penulis berkahwin masa penulis masih study dan wife jugak masih study.  Tapi kami sama-sama ada buat bisnes kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan kami la kan...

Dulu masa kata nak kahwin ni la kan, penulis memang cukup takut tau, yela dalam keadaan penulis yang masih belajar, ekonomi tak berapa nak baguih kan.  Sebabnya dengar kata-kata org yang banyak kata alam selepas perkahwinan ni lain, maksudnya susah.  Tapi penulis percaya dengan janji-janji Allah iaitu Allah akan gandakan rezeki kita bila kita berkahwin.  Janji Allah tu betul, rezeki penulis dan isteri banyak lepas kami berkahwin.  Alhamdulilah... 

Dari tidur atas toto Narita sampai laa ni lepas kahwin tidur atas tilam empuk. Banyak nikmat yang Allah akan bagi bila kita berkahwin ni sebenarnyaaa.  Cuma pada diri kita je sama ada gunakan nikmat yang Dia bagi tu dengan betul atau tak.  Sekiannnn..... 

by : hafizRahim









Thursday, 16 February 2017


wow mengaji Al-Quran dalam jet peribadi.


semalam admin ade cerita pasal Valet Doa, dalam2 admin scroll pasal valet tu admin terjumpa juga pasal berita hangta dua tiga hari ni berkenaan mengaji al-quran dalm jet mewah yang boleh mencecah 93 JUTA. wow terbeliak mata admin .



hal ini admin tengok ade komen - komen yang positif dan negatif tapi mostly semuanya yang negatif.


SUMBER MYNEWSHUB.CC

KUALA LUMPUR – SEJAK semalam, isu kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah yang kendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Isu ini menarik perhatian ramai memandangkan netizen terkejut dengan caj yang dikenakan hampir mencecah AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan, manakala RM2,000 untuk mengaji di dalam jet tanpa diterbangkan ke mana-mana.

 Wow! Belajar Ngaji Dalam Jet Mewah Bernilai RM93.4 Juta

Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan perkhidmatan itu diadakan dan tidak kurang juga menyelar dengan menyifatkan satu perbuatan mengaut keuntungan dengan menggunakan agama yang melampau.
“Patut la masjid surau kosong lanie… pakat dok ngaji atas kapal terbang,” tulis KedahLanie.
“Ayat ringkas saya boleh cakapkan GILA,” tulis Jamil Zain.
“Nak mengaji ke nak terbang. Sempat ke??? Nak belajar mengaji biar belajar proper. Baru fokus,” tulis Nur ‘Adilah.
“Selain dari bangsa dan kuda menjadi Tunggangan.. Agama juga sekarang menjadi tunggangan bagi pihak yang terlalu mengejar dunia.. Nak buat Buku Maybe…. Kelakar kan,” tulis Faez Mahmod.
Difahamkan, kebanyakan pelanggan yang menempah perkhidmatan mengaji di awan ini terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja susulan caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Pelanggan juga boleh memilih pakej di dalam atau luar negara termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan servis yang dilakukan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn. Bhd ini adalah ‘bidaah’.
“Ini bidaah (pembaharuan yang bercanggah dengan agama Islam).
“Dia berilmu tetapi bukan bermakna boleh dengan meniagakan Al-Quran.
“Ini semua mengarut. Banyak lagi cara untuk kita belajar baca Al-Quran. Adakah Al-Quran diniagakan hingga nak jadi jutawan?” ujarnya kepada dihubungi Mynewshub di sini hari ini .
Harussani bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut perihal isu ini memandangkan kesihatannya tidak mengizinkan.
Difahamkan, pesawat yang bakal digunakan untuk kelas mengaji ini adalah jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta)

.

Bagi pendapat admin la kan, x perlu lah nak menunjuk sangat, tapi ini bukan isu menunjuk its all about money and business. again agama menjadi tungganggan manusia-manusia yang lalai dengan harta dunia. bersederhana la dalam apa jua pun.

Valet Doa


VALET DOA ??



Rasanya lately ni mesti ramai yg dengar pasal valet doa kan. Admin pon terkial-kial jugak masa dengar. Ape benda valet doa ni. Yang admin tahu parkir valet kat KLCC tu tau la sbb dlu fattah amin nak parkir situ.. haha lawak kan..

So, atas curiosity admin admin pon google la cari-cari takut jugak mnatau diaorg ni berdoa kat parking valet tu. Rupanya kau nak tahu ape mak jemah jmpa... fuhhhh

Pakej berdoa di tanah suci mekkah. Suddenly what the fish. Kalau nk lg mabrur doa tu pakai la pakej yg mahal skit sah2 doa makbul.

Kadang2 admin pelik, zaman sekarang ni byk sgt yg menjadi penunggang agama.. baik yg dipolitikan dan juga yg dibusinesskan. Tapi admin rasa the biggest loser ever dlm game ni ialah org yg amik pakej ini. Hahaa

Memang tanah suci mekkah itu tempat yg paling terbaik utk berdoa dan dimakbulkan tapi itu semua rahsia Allah. Waimah cerita pelacur yg masuk syurga kerana beri minum pada kucing itu pun rahsia Allah. Niat ikhlas kita berdoa tu yg penting bukan tempat.

Fatwa juga dah dikeluarkan oleh majlis fatwa bahawa valet doa ini haram. So kenapa berdegil lagi nk teruskan perniagaan tunggangan agama ini.

Entahla admin pon kadang2 kecewa dengan orang2 yg melakukan perniagaan atas nama agama ini.

So, apa pendapat anda semua?

Wednesday, 15 February 2017

Rationality

Hari ni admin nk citer sikit pasal rasional.. bukan rasionalisasi ye.. tpi rasional atau dalam bahasa kamus baku nya maksud kewajaran..

Admin terserempak dengan pemandu kereta yg disaman pihak berkuasa yg mengeluh dan rasa sangat sedih. Beliau ke klinik untuk mendapatkan rawatan tapi disebabkan lot parkir yg sangat penuh dia terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Memang undang2 nya salah.. tpi bagi admin.. x wajar utk penguatkuasa menyaman kenderaan ini.. bukan satu atau dua tapi hampir berpuluh kenderaan. So dimana rasional nya mereka ini saman kenderaan ini yg sememangnya dia tahu klinik kerajaan sentiasa penuh.. PENUH yg bukan biasa2 .. xkan penguatkuasa ini buta x nampak kereta bersesak2.. bg admin klo situasi ini berlaku di depan Mall atau kedai2 makan.. xpe mmg salah but.. prihatin.. dah la org sakit.. xde duit nk pergi klinik swasta.. lepastu bersesak2 endup kene saman lg?

Law is human made.. walaupun xde law is made to be broken but.. i think rasional dan keperihatian itu wajar ade dlm setiap manusia..

Admin nk mencarut tpi admin sabar sbb admin pin kena... !@#$%^&*()'";:=]-~-~

ngeteh ke ??

assalammulaikum wahai sahabat2...