Followers

Saturday 11 March 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,


Kali ni penulis nak share dengan korang tentang satu tempat makan yang cukup famous terutama bagi orang-orang Klang iaitu Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara. Kambing dia beb, fuhh memang terangkat rasa dia. Bagi penggemar kambing bakar atau ayam penyek, penulis syorkan tempat makan ni. Bukan penulis nak reka cerita atau menipu, tetapi rasa kambing dia memang terbaik dari ladang. hehehe.

Kedai makan ini dibuka seawal jam 10 pagi rasanya sebab penulis selalu datang sini waktu petang je. Kedai makan ini cukup sempoi kerana ianya terletak di tepi jalan dan dalam kawasan kampung. Ohh, peulis lupa nak bagitahu dekat mana kedai ni. Kedai makan ini terletak di Meru, Klang. Kalau taktahu jugak dekat mana, search jela dekat waze atau google map. Dunia kan dah maju hehehe.

Penulis kalau datang makan sini selalunya akan order nasi putih dan dua set kambing. Kalau order satu mana cukup. hehehe. Harga satu set kambing adalah RM 10.00 sahaja. Kira okay lah tu kan nak dibandingkan dengan harga dekat bandar sana. Berbaloi rasanya makan dekat sini.

Ayam penyet juga tak kurang hebat penangan dia. Bagi mereka yang tak makan kambing ( orang paling rugi dalam dunia jenis yang tak makan kambing ni ) boleh lah try makan ayam penyet dia. Padu beb. Kalau awek yang kena teman pakwe dia makan kambing tu, ha korang makan lah ayam penyet ni. Takdelah rasa diabaikan sangat. hahaha. Set ayam penyek harganya dalam RM6-RM7. Penulis tak berapa ingat sebab penulis makan kambing jeee.

Yang paling win adalah kuah kambing tu. Kuah kambing tu yang buat sedap sebenarnya. Rasa dia pedas2 sikit lepastu dengan rasa kicap2 sikit. Kalau yang jenis tekak melayu, konfem memang melekat rasa dia. Kambing bakar dekat sini pun lembut je takdelah kenyal semacam sampai nak kunyah pun sampai 2-3 minit. hahaha. Tetapi, penulis dapat berita bahawa kedai ini tak bukak lagi. Tup2 tengah famous, kedai ini kena tutup. Taktahulah sebab apa tetapi kalau kedai ni ditutup, satu kerugian yang besar bagi penulis dan para peminat kambing bakar. Apa2 pun, penulis syorkan korang try makan dekat sini, konfem tak rugi. #peminatkambing. :)


Tuesday 7 March 2017

Hi, sekarang jam pukul 0323 pagi.  Mata pon rabak sebab kene settlekan slide untuk Communication Law & Ethic ni. Cerita dia patutnya dah siap dari tadi lagi, tapi dek diri ni ngade-ngade pegi replace file baru ke file lama. haaaa. hambek kene la buat balik dar A-Z.  Nak gali balik story yang dah buat sebelum ni ya Allah payahnya.  Lepas tu esok class pagi pulak.  Mcm ni la hidup sebagai student university.  Terfikir jugak mcm mana la lecturer yang ambik phd nak hadap tesis sampai 4tahun.  seram sejuk dengar bila dorang cerita payahnya nak buat tesis.  hahahah.  Ok dah tak tahu nak cakap apa, update seterusnya mungkin esok kalau berkesempatan  Selamat malam. chau...
Assalamualaikum.  Selamat malam dan selamat pagi.  Jam menunjukkan pukul 1.49pagi.  Tiba-tiba terdetik kat dalam fikiran penulis nak share tentang apa yang penulis alami sebentar tadi.  Cerita mula mcm ni, penulis stay back di Kampus di mana tempat penulis masih study disini untuk buat group discussion.  Nak dijadikan cerita penulis balik lewat dalam 0030 mcm tu. So nak tak nak kene la tempuh kat abang guard yang acah-acah polis evo kat sini.  Hampir sampai di guard house tu, dia pon menahan kereta yang penulis pandu dan memarahi penulis sebab keluar lewat dan boleh dikenakan saman sebab keluar lambat dari kawasan kampus pada masa tu.  Jadi, penulis pon berfikir sejenak, apa la salahnya kalau student2 ni nak stay back atas niat untuk belajar.  Ni sampai nak keluarkan saman sebab melanggar peraturan, YE memang dorang kene ikut SOP bekerja, tapi takkan la tak boleh nak bertolak ansur kat student student ni.  Hanya kat kampus ni jela tempat di mana student nak guna perkhidmatan wifi yang disediakan walaupun tak ada la bagus sangat pon kualiti wifi kat sini. hahahaha..  nanti balik rumah sewa dah tak ddapat nak guna wifi untuk mengakses maklumat yang dorang perlukan.

Lepas tu, dari segi budi bahasa MasyAllah teruk yang amat la kan.  Muka tu 27/7 nak bengis, 'mat tiarap' kat luar sana pon pandai nak lontarkan senyuman bang....  bukan nak condemn tapi fikir la kan, keje apa yang tak penat.  Semua keje yang kita buat ni semua penat.  ikhlas la sikit kerja tu.  fikir ada masalah, apa awak fikir kami ni student tak ada masalah ?? pffftttt......  Harap pihak kampus dapat la bertimbang rasa dalam hal ni, student bukan nak buat benda-benda yang tak elok pon.  kalau tak percaya sangat kat student pergi duduk sekali ngn student kat dalam bilik tu study sama-sama ngn student.  ada la jugak faedah dari menghadap phone masa kerja pas tu sharp duty habis balik rumah. hahahahahaha....  








Nama diberi Muhammad Ridz Effandy bin Ibrahim, admin ketiga di dalam blog KakiNgeteh.  Seorang jejaka periang dan pemalu. hahaha. (abaikan admin kedua dibelakang tu).

Tiada yang menarik tentang diri ini untuk dikongsikan, tetapi ade sedikit info tentang saya yang ingin dikongsikan.

Menyambung belajar adalah bukan pilihan utama dalam hidup saya.  Sesudah mengakhiri Tingkatan 6, tiada perasaan untuk menyambung pembelajaran di menara gading.  Target hanya untuk membantu keluarga sahaja.  

Disebabkan itu, selapas tamat STPM, saya terus bekerja di Courts Malaysia,( dulu orang ramai panggil Courts Mammoth).  Permulaan diri dalam menceburi bidang pekerjaan dalam bahagian sales.  Agak mencabar pada mulanya untuk meyakinkan orang ramai untuk melakukan pembelian secara bayaran bulanan.  kekadang kesian jugak dengan customer.  mane taknye, nak beli barang tapi kena hutang sampai 3 atau 5 tahun.  Kesian jugak kat makcik pakcik.  Tapi apakan daya, tuntutan kerja.

bekerja selama 7 bulan, hidup dengan mewah dek gaji salesman kencang, akhirnya company ada masalah orang atasan.  semuanya jadi tak seronok.  Disitula admin kedua ajak sambung belajar di Unisel. (journalist).

dengan tidak berfikir panjang, pada 12/10/2014 saya pun apply Unisel dan dapat masuk.  Terus resign 24hours.  tak pike ape dah. hahaha.

Teruslah sampai ke hari ini belajar di Unisel bersama sahabat-sahabat semua.  


Bhg 2. Pilihan Raya Kampus UNISEL 2017 ( Hari Mengundi )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Assalammualaikum w.b.t

Setelah berlangsungnya sesi berkempen maka bermulalah hari pilihan raya kampus. Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Shah Alam telah berlangsung pada 1haribulan  March 2017 di Dewan Pro-Chancellor bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada tahun ini peratusan yang mengeluar mengundi sedikit meningkat daripada tahun lepas, mungkin kerana pendekatan berkempen yang agak sedikit berbeza pada tahun ini mendapat sambutan pelajar untuk menunaikan tanggung jawab mengundi pada pandangan admin.




Sekitar Dewan Pro-Chancellor pada hari mengundi




Pengurusan yang sistematik dan kawalan keselamatan yang efisen


Selain itu juga kelihatan juga calon-calon yang bertanding beramah mesra bersama pengundi a.k.a pelajar semasa menunggu giliran untuk masuk kedalam dewan mengundi. Nak tunggu giliran bukan sekejap agak lama juga berbaris, gamaknya sambil menyelam minum air berkempen sedikit.


  

Kelihatan juga Naib Chancellor turun padang memberi sokongan kepada para pelajar pada hari tersebut. Sambil-sambil beliau beramah mesra bersama petugas, beliau juga memantau pergerakan hari pengundian pada hari itu.







KEPUTUSAN PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS SHAH ALAM 2017/18

List of name, and number of votes received by the winners of UNISEL General Election 2017.

Category:

General
1.                  Nur Adlina binti Mohd Sarwani ( (1015 votes)
2.                  Hajar Aisha Bee binti Mohamed Riza (950 votes)
3.                  Tan Zhi Kuan (815 votes)
4.                  Mohamad Iskandar (767 votes)
5.                  Nor Baizura binti Ghazali (657 votes)
FOBA
1.                  Amanina binti Ahmad Ramzi (752 votes)
2.                  Mastura binti Abdul Rahman (700 votes)
3.                  Nazirul Syazwan bin Zainur Rashid (660 votes)
4.                  Nurul Fatihah binti Hanizam (649 votes)
5.                  Berman bin Mad Haris (556 votes)
FCVAC
1.                  Muhamad Adib bin Abdul Rahman (173 votes)
2.                  Shahirah Nadhirah binti Shairi (158 votes)
3.                  Nor Mashitah binti Sulaiman (155 votes)



TAHNIAH admin ucapkan kepada pemenang kerusi-kerusi MPP sessi 2017/18 ini. Admin berharap mereka yang terpilih dan dipilih oleh warga pelajar UNISEL ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang den berintergriti. Jaganlah hanya cogan kata dimainkan tetapi perlaksanaannya bagai melepaskan batuk ditangga. Menifesto-menifesto yang dibentangkan itu harap ditunaikan demi kesejahteraan dan kemaslahatan pelajar yang basah ketiak berbaris dan mengundi anda menang kerusi tersebut.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,,


Kali ini admin nak berkongsi satu cerita yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini. Kisahnya adalah tentang seorang pemuda yang tampil dengan idea yang cukup unik dengan menawarkan khidmat kenderaan jenazah atau van jenazah secara percuma bagi mereka yang kurang berkemampuan. Uniknya tentang perkhidmatan ini adalah, kenderaan yang digunakan bukanlah sebuah van yang sering kita gunakan untuk membawa jenazah, ianya menggunakan sejenis kenderaan MPV dan boleh juga dikatakan mewah berbanding van jenazah yang biasa digunakan.



Pemuda yang hanya dikenali sebagai Hery itu berkata, beliau menawarkan perkhidmatan berkenaan secara percuma kerana beliau ingin membuat amal jariah kepada mereka yang kurang berkemampuan. Beliau juga menambah, van ini akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan. Caj tol dan minyak dikenakan bagi waris yang berkemampuan saja. Kit jenazah juga diberikan secara percuma.



Van ini juga merupakan sumbangan daripada folllowers fb beliau dan juga daripada sebahagian warga Bangi yang memberi sumbangan. Semoga amal jariah ini berkekalan untuk kegunaan mereka yang kurang berkemampuan. #jenazahCinta #amalteam

Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi :

0122493378 ( Hery )

Monday 6 March 2017

Bhg 1. Pilihan Raya Kampus UNISEL 2017 ( kempen )


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Assalammualaikum w.b.t

Baru-baru ini telah berlangsungnya sesi berkempen untuk calon yang bakal merebut kerusi-kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor untuk sesi 2017/18.  Sesi berkempen juga telah berlangsung bagi setiap calon memenangi undi pelajar dengan menifesto-menifesto yang dijanjikan.



Sesi berkempen ini bermula dengan perarakan disekitar kampus dan berakhir di kafeteria Unisel. Perarakan ini agak mendapat sambutan dan sepanjang perarakan ini juga dilaungkan cogan kata 
"hidup mahasissa" di mana penulis pun tidak begitu pasti apa yang sebenarnya cuba disampaikan dengan hidup mahasiswa ini- tak hidup ke mahasiswa di kampus ni? isu dan menifesto masih di takuk lama juga. 




Dari pandangan penulis juga, meraka kali ini bersatu dalam membantah perhijrahan atau perpindahan fakulti Komunikasi dan visual art ke kampus Bestari Jaya. Secara peribadi ini kali lah penulis menyokong tindakan meraka, kata suara mahiswa kan. Perpindahan ini kalau tidak salah admin telah pun dilaksakan secara berperingkat, so kita tengok apa suara mahasiswa ini mampu mengubah perkara ini.


*** Isu Perpindahan ke Bestari Jaya

      Sejak akhir-akhir ini telah tular isu dimana Fakulti Komunikasi dan Visual Art akan dipindahkan secara konsisten dan berperingkat ke Kampus Bestari Jaya, tetapi ia masih lagi dalam perbincangan. Apa yang menyebabkan perpindahan ini, yang penulis sedia maklum, Kampus Shah Alam akan dijadikan School of Business dan yang kekal hanya Fakulti Pernigaan. Perkara ini melibatkan Kerjaan Negeri Selangor dibawah urus selia exco pendidikanya dan bagi admin perkara ini memerlukan gabungan yang kuat dari mahiswa untuk tidak merealisasikan perpindahan ini.





Disamping itu juga, admin tertarik dengan poster ini. "megembalikan THE VOICE buat pelajar jurusan media". Admin juga pernah menulis beberapa article untuk diterbitkan dalam The Voice tetapi terbitan itu tidak diterbitkan sekian lamanya seolah-olah the voice ini telah diberhentikan. Admin berharap juga MPP yang berkenaan dapat melakukan sesuatu bukan hanya duduk kosong bangga dengan name tag MPP yang dipikul kehulu-kehilir satu kampus. 


*** The Voice
       
       The Voice ini merupakan surat khabar terbitan berkala dua kali setahun. Setiap semester pelajar yang mengambil subjek "Editing" - Bachelor of Jornalism ( Kewartawanan ) akan menulis article-article dan berita semasa untuk diterbitkan dalam The Voice. Secara amnya dibawah projek ini pelajar akan tahu secara praktikal bagaimana untuk menerbitkan sebuah surat khabar, semua kerja keras akan berakhir dengan terbitnya dua kali setahun The Voice ini, walaubagaimanapun, TIADA ..... projek tetap berjalan tetapi tiada terbitan.. bagi admin SIA-SIA ... end results tak ada tak guna la kan...







Sesi perarakan berakhir di kafe diaman calon-calan akan berkempen mempersembahkan menifesto-menifesto masing-masing. Dalam pengamatan admin memang bagus MPP dan Unisel cuba mengketengahkan sesi ini supaya pelajar lebih aware dengan perkembangan yang berlaku dan bagaimana sebelum pilihan raya itu berlangsung. Cuma pada pendapat admin menifesto yang dibawa itu agak kelaut dan mengarut juga dan tidak menunjukkan kematangan. seolah tidak ada research yang dilakukan sebelum berfikir apa yang ingin dijanjikan. tapi rakyat Malaysia ini dah biasa dengan janji dicapati bagi pendapat admin la.