Followers

Tuesday 7 March 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,,


Kali ini admin nak berkongsi satu cerita yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini. Kisahnya adalah tentang seorang pemuda yang tampil dengan idea yang cukup unik dengan menawarkan khidmat kenderaan jenazah atau van jenazah secara percuma bagi mereka yang kurang berkemampuan. Uniknya tentang perkhidmatan ini adalah, kenderaan yang digunakan bukanlah sebuah van yang sering kita gunakan untuk membawa jenazah, ianya menggunakan sejenis kenderaan MPV dan boleh juga dikatakan mewah berbanding van jenazah yang biasa digunakan.



Pemuda yang hanya dikenali sebagai Hery itu berkata, beliau menawarkan perkhidmatan berkenaan secara percuma kerana beliau ingin membuat amal jariah kepada mereka yang kurang berkemampuan. Beliau juga menambah, van ini akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan. Caj tol dan minyak dikenakan bagi waris yang berkemampuan saja. Kit jenazah juga diberikan secara percuma.



Van ini juga merupakan sumbangan daripada folllowers fb beliau dan juga daripada sebahagian warga Bangi yang memberi sumbangan. Semoga amal jariah ini berkekalan untuk kegunaan mereka yang kurang berkemampuan. #jenazahCinta #amalteam

Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi :

0122493378 ( Hery )

1 comment: