Followers

Tuesday 7 March 2017

Bhg 2. Pilihan Raya Kampus UNISEL 2017 ( Hari Mengundi )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Assalammualaikum w.b.t

Setelah berlangsungnya sesi berkempen maka bermulalah hari pilihan raya kampus. Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Shah Alam telah berlangsung pada 1haribulan  March 2017 di Dewan Pro-Chancellor bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada tahun ini peratusan yang mengeluar mengundi sedikit meningkat daripada tahun lepas, mungkin kerana pendekatan berkempen yang agak sedikit berbeza pada tahun ini mendapat sambutan pelajar untuk menunaikan tanggung jawab mengundi pada pandangan admin.




Sekitar Dewan Pro-Chancellor pada hari mengundi




Pengurusan yang sistematik dan kawalan keselamatan yang efisen


Selain itu juga kelihatan juga calon-calon yang bertanding beramah mesra bersama pengundi a.k.a pelajar semasa menunggu giliran untuk masuk kedalam dewan mengundi. Nak tunggu giliran bukan sekejap agak lama juga berbaris, gamaknya sambil menyelam minum air berkempen sedikit.


  

Kelihatan juga Naib Chancellor turun padang memberi sokongan kepada para pelajar pada hari tersebut. Sambil-sambil beliau beramah mesra bersama petugas, beliau juga memantau pergerakan hari pengundian pada hari itu.







KEPUTUSAN PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS SHAH ALAM 2017/18

List of name, and number of votes received by the winners of UNISEL General Election 2017.

Category:

General
1.                  Nur Adlina binti Mohd Sarwani ( (1015 votes)
2.                  Hajar Aisha Bee binti Mohamed Riza (950 votes)
3.                  Tan Zhi Kuan (815 votes)
4.                  Mohamad Iskandar (767 votes)
5.                  Nor Baizura binti Ghazali (657 votes)
FOBA
1.                  Amanina binti Ahmad Ramzi (752 votes)
2.                  Mastura binti Abdul Rahman (700 votes)
3.                  Nazirul Syazwan bin Zainur Rashid (660 votes)
4.                  Nurul Fatihah binti Hanizam (649 votes)
5.                  Berman bin Mad Haris (556 votes)
FCVAC
1.                  Muhamad Adib bin Abdul Rahman (173 votes)
2.                  Shahirah Nadhirah binti Shairi (158 votes)
3.                  Nor Mashitah binti Sulaiman (155 votes)



TAHNIAH admin ucapkan kepada pemenang kerusi-kerusi MPP sessi 2017/18 ini. Admin berharap mereka yang terpilih dan dipilih oleh warga pelajar UNISEL ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang den berintergriti. Jaganlah hanya cogan kata dimainkan tetapi perlaksanaannya bagai melepaskan batuk ditangga. Menifesto-menifesto yang dibentangkan itu harap ditunaikan demi kesejahteraan dan kemaslahatan pelajar yang basah ketiak berbaris dan mengundi anda menang kerusi tersebut.


1 comment: